image

1. Terma & Syarat Penyertaan:

1.1 Kemasukan dan penyertaan kempen ini akan dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik Terma & Syarat (“T & S”). Semua arahan masuk dan apa-apa maklumat lain yang khusus berkaitan dengan kempen ini membentuk sebahagian daripada T & S (tetapi sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan itu, T & S akan diguna pakai).

1.2 Semua keputusan HC SBS RESOURCES dalam apa-apa perkara di bawah T & S adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

1.3 Kegagalan oleh HC SBS RESOURCES untuk menguatkuasakan mana-mana T & S dalam mana-mana keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-mana orang.

1.4 HC SBS RESOURCES berhak untuk meminda peraturan-peraturan ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.

2. KELAYAKAN MENYERTAI PERADUAN:

2.1 Semua peserta MESTI berumur 18 tahun ke atas pada masa mereka sertai kempen dan HC SBS RESOURCES sekeras-kerasnya tidak membenarkan sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah untuk membeli mana-mana produk keluaran jenama EZZY LIQUID. Sekiranya peserta adalah di bawah umur 18 tahun, penyertaan mereka akan dibatalkan secara langsung.

2.2 Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia.

3. PENEBUSAN HADIAH:

3.1 HC SBS RESOURCES akan memaklumkan kepada pemenang melalui telefon, WhatsApp atau e-mel. Pemenang sendiri bertanggungjawab untuk mengambil hadiah dari HC SBS RESOURCES dalam tempoh yang diberikan.

3.2 Kupon yang diberikan melalui e-mel dan WhatsApp hanya boleh ditebus di laman web https://ezzy.my/ (laman web rasmi EZZY MALAYSIA).

3.3 Pemenang hadiah Utama dan Kedua perlu memberikan gambar bukti pembelian/resit yang bertarikh tidak melebihi 3 hari selepas penyertaan peraduan ini yang di rekod di dalam sistem.

3.4 Pemenang perlu mengambil hadiah kemenangan dari HC SBS RESOURCES dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh pemberitahuan akan dengan secara automatiknya dibatalkan tanpa sebarang notis.

3.5 Hadiah-hadiah hendaklah ditebus sendiri oleh pemenang. Jika pemenang mempunyai sebarang pertanyaan, pemenang boleh menghubungi kami melalui e-mel hello@ezzy.my atau hantarkan mesej WhatsApp di nombor +6017 884 8398.

3.6 Butiran pengambilan hadiah adalah seperti berikut:
Masa: 1pm – 5pm
Hari: Selasa dan Khamis
Alamat: Akan dimaklumkan kepada pemenang.

3.7 Pemenang perlu menyelesaikan sebarang bayaran yang diperlukan (jika ada) untuk menuntut hadiah.

3.8 Pemenang perlu menunjukkan IC asal bagi tujuan pengesahan atas tuntutan hadiah.

3.9 Pemenang perlu memberitahu HC SBS RESOURCES melalui emel atau WhatsApp jika mereka tidak mampu mengambil hadiah sendiri. Di bawah kelulusan HC SBS RESOURCES, pemenang boleh mendapatkan seorang wakil untuk mengambil hadiah bagi pihak pemenang. Wakil tersebut hendaklah membawa salinan IC pemenang serta surat kebenaran dari pemenang untuk pengesahan.

3.10 HC SBS RESOURCES tidak akan pos hadiah Utama & Kedua kepada pemenang melainkan pemenang dalam situasi tersebut:

  1. Pemenang dari Sarawak, Sabah & Labuan tidak mempunyai wakil di Semenanjung Malaysia untuk menuntut hadiah.
  2. Pemenang merupakan warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak mempunyai wakil untuk menuntut hadiah.